Pearly-Thinaah Kekal Bawah BAM Hingga Sukan Olimpik LA 2028

FootballSports
8 Jul 2025 • 10:43 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah telah mengesahkan kekal bersama skuad kebangsaan apabila dipercayai sudah mencapai kata sepakat menandatangani kontrak baharu bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Pearly-Thinaah kekal bawah BAM

image is not available

Foto: Badminton News

Memetik laporan Berita Harian, rundingan antara kedua-dua pihak sudah ditetapkan dan pasangan nombor tiga dunia itu dijadualkan memperbaharui kontrak itu hujung minggu ini sebelum kedua-duanya berlepas ke Tokyo bagi menyertai Terbuka Jepun dari 15 hingga 20 Julai.

Kontrak itu akan meletakkan beregu ini kekal bersama BAM hingga temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Terdahulu, karier Pearly-Thinaah dalam skuad kebangsaan menjadi tanda tanya setelah mereka masih belum memperbaharui kontraknya yang telah tamat pasa Disember lalu.

image is not available

Foto: NST

Dalam pada itu, Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini memberitahu isu kontrak pasangan ini akan ditentukan sebelum kedua-dua pemain itu berlepas ke Jepun.

Difahamkan setelah tamat Terbuka Jepun, mereka dijadualkan akan menyertai Terbuka China dari 22 hingga 27 Julai sebelum turun beraksi pada Kejohanan Dunia di Paris dari 25 hingga 31 Ogos depan.

Untuk rekod, gandingan ini mempamerkan aksi cemerlang setelah merangkul satu gelaran di Terbuka Thailand dan muncul naib juara Terbuka Indonesia, selain mara ke separuh akhir Masters Malaysia dan suku akhir Terbuka Singapura.

Sumber: Berita Harian (Helmi Talkah)