Pearly–Thinaah lakar sejarah di Paris 2025

29 Aug 2025 • 8:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pearly Tan (belakang) dan Thinaah - Foto: AFP

BEREGU badminton wanita negara, Pearly Tan–M Thinaah mencipta sejarah apabila muncul pasangan pertama Malaysia yang memastikan pingat di Kejohanan Dunia selepas mara ke separuh akhir.

Pearly-Thinaah sebelum itu menundukkan gandingan Bulgaria, Gabriela-Stefani Stoeva, 21-15, 21-10 dalam tempoh 32 minit pada aksi suku akhir di Adidas Arena, Jumaat.

Kemenangan itu menjamin sekurang-kurangnya pingat gangsa buat Malaysia, sekali gus mengakhiri penantian panjang negara dalam acara beregu wanita di pentas berprestij badminton dunia tersebut.

Pasangan ranking kedua dunia itu kini menguasai rekod pertemuan 4-1 ke atas gandingan kembar Bulgaria berkenaan, selepas turut menewaskan mereka di Terbuka Jepun bulan lalu.

Pencapaian bersejarah ini hadir hanya pada penampilan keempat Pearly–Thinaah di Kejohanan Dunia, dengan pencapaian terbaik sebelum ini hanyalah mara ke suku akhir pada edisi 2023.

Dalam separuh akhir, Pearly-Thinaah akan berdepan pasangan ranking ketiga dunia dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida yang menyingkirkan gandingan Korea Selatan, Kim Hye-jeong–Kong Hee-yong, 21-17, 21-14.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved