Pearly-Thinaah mara ke pusingan kedua Masters Indonesia

20 Jan 2026 • 10:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pearly-Thinaah menewaskan gandingan Amerika Syarikat Francesca Corbett-Jennie Gai 21-15, 20-22, 21-19 pada pusingan pertama kejohanan berlangsung di Istora Senayan.

TIGA pasangan Malaysia termasuk beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M Thinaah mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters Indonesia 2026 di Jakarta, hari ini.

Turun selaku pilihan pertama kejohanan, Pearly-Thinaah menewaskan gandingan Amerika Syarikat Francesca Corbett-Jennie Gai 21-15, 20-22, 21-19 pada pusingan pertama kejohanan berlangsung di Istora Senayan.

Ranking kedua dunia itu akan menentang beregu Taiwan Lin Xiao Min-Wang Yu Qiao.

Dalam pada itu, beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya apabila mengambil masa 31 minit untuk menumpaskan pasangan Amerika Syarikat Chen Zhi Yi-Presley Smith 21-15, 21-17.

Menanti mereka di pusingan kedua sama ada Wesley Koh-Junsuke Kubo dari Singapura atau Liu Kuang Heng-Yang Po Han dari Taiwan.

Satu lagi beregu lelaki, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong turut mara selepas mengetepikan cabaran Lee Fang-Chih-Lee Fang-Jen dari Taiwan 21-13, 21-18, sekali gus akan bertemu gandingan Indonesia Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani.

Berikut keputusan aksi wakil Malaysia lain di Masters Indonesia:

Beregu lelaki:

Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani (INA) mn Chia Wei Jie-Lwi Sheng Hao 21-18, 19-21, 21-10

Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan (TPE) mn Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 21-18, 21-15

Ben Lane-Sean Vendy (GBR) mn Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri 17-21, 21-17, 21-3

Beregu wanita:

Tsang Hiu Yan-Yeung Pui Lam (HKG) mn Chong Jie Yu-Vanessa Ng 21-16, 21-10 - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved