Pearly-Thinaah naib juara Terbuka Artik

13 Oct 2024 • 9:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Foto: Facebook BAM

HASRAT beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah untuk menyambar kejuaraan kedua tahun ini tidak kesampaian apabila tewas kepada pasangan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning pada kejohanan Terbuka Artik pada Ahad.

Pearly-Thinaah yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan terpaksa akur dengan aksi dipamerkan Sheng Shu-Tan Ning yang juga pasangan beregu wanita nombor dua dunia dalam pertarungan tiga set di Vantaan Energia Areena.

Namun, semangat serta usaha tidak menyerah kalah yang dipamerkan pasangan negara itu harus dipuji walaupun kecundang set pertama 12-21.

Mereka cuba untuk bangkit pada set kedua apabila berjaya menyaingi mata demi mata sebelum pasangan dari China itu menamatkan aksi tersebut dengan kemenangan 21-17 dalam tempoh 58 minit.

Pada bulan lalu, Pearly-Thinaah meraih kejuaraan Terbuka Hong Kong selepas menewaskan lawan sama yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris 2024 tersebut, straight set, 21-14, 21-14.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved