Pearly–Thinaah raih perak Kejohanan Dunia 2025

31 Aug 2025 • 11:29 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 31 OGOS: Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, terpaksa akur kepada kehebatan beregu nombor satu dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, dalam aksi final yang berlangsung di Adidas Arena, Paris, malam ini.

Pasangan yang kini menduduki ranking kedua dunia itu tewas 14-21, 22-20, 17-21 sekali gus menamatkan kempen mereka sebagai naib juara dunia.

Kekalahan itu bagaimanapun tidak menenggelamkan pencapaian cemerlang kontinjen badminton negara, selepas satu lagi wakil Malaysia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mencipta sejarah menjadi juara dunia kategori beregu campuran.

Pasangan itu menewaskan pilihan China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, dengan keputusan 21-15, 21-14 dalam tempoh hanya 40 minit, sekali gus menyumbang kejuaraan dunia kedua untuk Malaysia selepas pencapaian bersejarah oleh Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam kategori beregu lelaki pada 2022.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved