Pearly- Thinaah tepati ramalan ke pusingan kedua Terbuka Denmark 2024

16 Oct 2024 • 6:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pearly Tan-M Thinaah mara ke pusingan kedua selepas singkir gandingan India, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela. Gambar fail

BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah menepati ramalan apabila mara ke pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Denmark 2024 selepas menyingkirkan gandingan India, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela hari ini.

Gandingan negara bermula goyah apabila tewas 19-21, sebelum bangkit untuk menang 21-17 sekali gus mengheret kepada perlawanan penentuan.

Perlawanan set ketiga menyaksikan kedua-dua pasangan saling mengejar mata sebelum pasangan negara di ranking ketujuh dunia itu mengesahkan kemenangan 21-15.

Pearly-Thinaah akan berdepan pemenang perlawanan antara Lee Yu Lim-Shin Seung Chan dari Korea Selatan dan Julie Macpherson-Ciara Torrance dari Scotland.

Bagaimanapun, tuah tidak menyebelahi perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao apabila terpaksa pulang awal selepas tunduk kepada Jonatan Christie 21-16, 21-14.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved