Pecah Amanah, Bekas Kakitangan JKM Dipenjara 468 Tahun, Denda RM180 Juta

Entertainment
10 Apr 2025 • 11:38 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mahkamah Sesyen Kuching menjatuhkan hukuman penjara 468 tahun terhadap seorang bekas pembantu tadbir kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak selepas didapati bersalah atas 36 pertuduhan pengubahan wang haram dan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) berjumlah lebih RM16 juta.

Memetik sumber Harian Metro, Mahkamah turut memerintahkan tertuduh, Mohd Zairull Arzuan Mohd Shamsuddin Ja’afar @ Ang Chui Thong, 38, didenda sebanyak RM180 juta, dan sekiranya gagal membayar denda tersebut, akan dikenakan hukuman penjara selama 36 bulan serta tiga sebatan.

Bagi setiap 36 pertuduhan pengubahan wang haram, tertuduh dihukum penjara selama 12 tahun dan denda RM5 juta, dan sekiranya gagal membayar denda tersebut, dia akan dipenjara sebulan bagi setiap kesalahan.

image is not available

Manakala untuk setiap tiga pertuduhan CBT pula, dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan satu sebatan dengan hukuman penjara juga dijalankan serentak.

Mohd Zairull akan menjalani hukuman penjara serentak iaitu sekurang-kurangnya 12 tahun penjara tetapi bergantung kepada sama ada dia mampu membayar denda RM180 juta. Jika gagal, dia perlu menghabiskan tiga tahun lagi di penjara.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh melakukan kesalahan pengubahan wang haram antara tahun 2020 dan 2022, membabitkan sejumlah RM6,013,504.30, manakala kesalahan CBT sebanyak RM10,272,350.13 dilakukan antara 2019 dan 2021.

Perbuatan Mohd Zairull terbongkar apabila penyata gajinya menunjukkan transaksi yang mencurigakan, dengan lebih RM4 juta dikreditkan ke dalam akaunnya.

Sumber: Harian Metro

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.