
Kota Kinabalu: Seorang bekas ketua juruwang di sebuah kedai, pada Jumaat dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM4,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana melakukan pecah amanah membabitkan RM44,538.
Ayang Kamal, 28, mengaku bersalah di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hassan melakukan perbuatan itu dari 5 Mei, 2021 hingga 7 Mei, tahun sama antara jam 10.30 pagi dan 12 tengah hari di kedai Istana Ayam Tua, cawangan Telipok Ria, Tuaran.
Pertuduhan menyatakan Ayang melanggar amanah yang diberikan kepadanya sebagai ketua juruwang kedai Istana Ayam Tua, yang mana dia diamanahkan dengan hasil jualan harian berjumlah RM44,538, yang sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun bank syarikat itu tetapi dia tidak berbuat demikian. Amir memerintahkan Ayang menjalani hukuman penjara dari tarikh sabitan (Jumaat).
Terdahulu, pendakwaan dalam mengemukakan fakta kes, memberitahu mahkamah bahawa eksekutif kawasan syarikat itu membuat laporan polis berhubung kehilangan wang syarikat daripada salah sebuah cawangannya, selepas mendapati wang syarikat yang sepatutnya dimasukkan akaun bank oleh ‘Admin Petty Cash’ yang dipertanggunfjawab tidak konsisten dengan jumlah yang dicatatkan dalam sistem syarikat berjumlah RM44,538.
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Siasatan mendapati berdasarkan audit akauntan syarikat itu, wang itu kurang jumlahnya yang hasil jualan harian pada 5 Mei, (RM264), 6 Mei (RM22,579.90 dan 7 Mei (RM21,694.10).
Ayang yang merupakan ketua juruwang bertanggungjawab memasukkan wang hasil jualan harian kedai itu bagi tempoh 5 Mei, 6 Mei dan 7 Mei 2021 berjumlah RM44,538 tetapi tidak berbuat demikian.
Ayang ditahan pada 17 Nov tahun sama dan mengaku mengambil wang itu untuk kegunaan sendiri, mahkamah diberitahu.
Dia didakwa di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara antara satu hingga 14 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Tidak diwakili, Ayang memohon hukuman ringan kerana dia mempunyai dua anak berusia dua tahun dan setahun, yang masih menyusukan badan, sambil menambah kesihatannya tidak lagi sihat seperti dahulu.
Ayang berkata suaminya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan anak mereka berada di rumah tetapi tiada orang yang menjaga mereka.
Kepada soalan mahkamah sama ada dia membayar balik kerugian syarikat, Ayang menjawab dia telah berbincang dengan syarikat itu tetapi syarikat tidak mahu menerimanya.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Al-Hakim Abdul Razak memohon hukuman setimpal.
Amir ketika menjatuhkan hukuman itu berkata hukuman itu harus menjadi pengajaran dan pencegahan kepada Ayang dan orang ramai.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

