
TAWAU: Seorang lelaki warga asing yang disyaki terlibat kes pecah masuk ke sebuah pejabat di sekitar kawasan Century Industrial Estate, Batu 3 Jalan Apas, ditangkap polis pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, kes itu mengakibatkan kerugian wang tunai RM902.22 dan sebuah telefon bimbit berjenama dalam kejadian 29 Jun lalu.
Menurutnya, suspek berumur 31 tahun ditangkap di kawasan perkampungan Batu 3, Jalan Apas sekitar jam 12.30 tengah hari oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau, hasil siasatan dan risikan yang dijalankan.
“Suspek membawa pasukan polis ke sebuah rumah tidak bernombor di kampung tersebut dan merampas sebuah beg sandang dan sebuah telefon bimbit untuk tujuan siasatan,” katanya.
SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more Jasmin menambah, suspek bersama barang rampasan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
