Pecah Rekod Lagi! Lelaki Ini Makan Nasi Kandar Berharga RM222 Dalam Masa 55 Minit

Entertainment
10 Feb 2024 • 2:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kira-kira tiga minggu lalu, seorang lelaki telah mencatatkan rekod nasi kandar seorang makan paling mahal. Lelaki itu telah memesan juadah nasi kandar untuk dirinya dengan harga mencecah RM218 di sebuah restoran di Pulau Pinang.

Terkini, rekod lelaki itu telah berjaya dipecahkan oleh orang lain pada harga yang lebih sedikit berbanding sebelum ini. Jumlah harga nasi kandar untuk seorang makan yang berjaya memecahkan rekod sebelum ini adalah RM222. Korang boleh tengok hantaran Facebook Nasi Kandar Sulaiman di bawah.

image is not availableimage is not available image is not availableimage is not available image is not available image is not available

 

 

Pecah rekod lagi!

Fuhhh… bak kata orang Penang, memang surrr lah. Tapi kalau tanya min sendiri, min rasa seram gak ni tengok pinggan penuh dengan lauk macam tu. Kalau nak makan sorang-sorang, memang tak habis lah. Silap-silap bungkus bawak balik untuk makan esok.

image is not availablePerghhh 16 ekor sotong, 10 ekor udang dan lauk-lauk lain. Ini kalau dapat kat min ni, bukan seorang makan, mesti kena ajak kawan join sekali tolong habiskan. Tak mampu weh kalau nak makan sorang.

image is not availableUntuk korang yang nak pecah rekod lelaki ni, boleh tengok apa menu yang dia ambil kan atas dan tambah bendi lebih. Yang sebelum ni RM218, lelaki ni RM2222, kalau korang ambil bendi lebih dah boleh pecah rekod.

image is not availableYe betul. Entah berapa ribu lah kalori dalam hidangan lelaki ni kan. Walaupun menyeramkan, tapi respek lah kepada lelaki ni boleh habiskan makan sorang-sorang. Anda memang hebat!

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.