Pecat serta-merta menteri terlibat rasuah - PM

Politics
11 Dec 2022 • 7:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan mahabbah dengan Ulama dan Asatizah di Seri Perdana, pada Ahad. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Mana-mana menteri di dalam Kerajaan Perpaduan yang didapati terlibat dengan budaya rasuah atau salah guna kuasa akan dipecat serta-merta, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur sekiranya budaya itu wujud dalam kerajaan pimpinannya.

"Saya sudah beritahu kepada rakan-rakan Jemaah Menteri yang saya pilih, yang pertama, untuk soal tata kelola maknanya tiada rasuah.

Saya juga sudah bercakap dengan ketua-ketua parti komponen, kalau ada semasa pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri kes seperti ini (rasuah), saya minta pecat mandat (sebagai menteri) serta merta,” katanya ketika berucap pada Program Pertemuan Mahabbah Perdana Menteri Bersama Ulama dan Asatizah di sini, pada Ahad.

Menurutnya, peringatan itu bukan bersifat politik sebaliknya merupakan keyakinan beliau untuk membebaskan negara daripada rasuah.

AKAN MENYUSUL