Pecca diyakini kekalkan margin 40% berdepan kelembapan industri automotif serantau - Mercury Securities

LocalBusiness & Finance
31 Jul 2026 • 2:30 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pecca diyakini kekalkan margin 40% berdepan kelembapan industri automotif serantau - Mercury Securities Image from: Pecca diyakini kekalkan margin 40% berdepan kelembapan industri automotif serantau - Mercury Securities amree31/07/2026 - 14:30 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 31 JulaiPecca Group Berhad optimis dapat mempertahankan margin keuntungan kasar 40% meskipun industri automotif serantau masih terus berdepan kelembapan, kata Mercury Securities.

 

Firma itu menambah, keyakinan tersebut susulan strategi baharu yang menawarkan rumusan dalaman kenderaan secara menyeluruh dengan dijangka mengukuhkan penetapan harga dan daya saing syarikat.

 

Ujarnya, walaupun berdepan cabaran kelemahan jualan kenderaan di rantau ini dan kebergantungan kepada pasaran tempatan, kumpulan itu semakin aktif memperkukuh banyak sumber pertumbuhan baharu. 

 

"Antara usaha Pecca menerusi pengembangan dalam segmen penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih pesawat (MRO), lokomotif serta pasaran Indonesia," jelas Mercury Securities dalam analisisnya.

 

Selain itu, jumlah volum industri (TIV) Malaysia yang disokong dasar pemasangan tempatan dan pengeluar kereta nasional turut memberikan kelebihan kepada berbanding pemain automotif lain.

 

Pembinaan kilang baharu di Serendah, Selangor yang dijangka siap sepenuhnya akhir suku keempat 2027, turut akan menambah kapasiti sekitar 150,000 set, sebelum naik kepada kira-kira 600,000 set.

 

Pecca_DagangNews2026

 

Dalam segmen penerbangan kata Mercury Securities, Pecca memperluaskan aktiviti MRO dengan AirAsia Berhad kekal sebagai pelanggan utama, selain ada menerima pertanyaan daripada pelbagai syarikat.

 

"Ini termasuk pengendali jet peribadi, helikopter serta pesawat tentera, namun kontrak yang sudah disahkan ketika ini masih tertumpu kepada kerja penyelenggaraan penutup tempat duduk," tambahnya.

 

Segmen ini akan menjadi penyumbang pertumbuhan utama, disokong usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab aeroangkasa serantau dan minat syarikat asing mengembangkan operasi di negara ini.

 

Pecca kata Mercury Securities, turut menceburi segmen lokomotif menerusi kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), dan meneroka peluang di Indonesia bagi menawarkan perkhidmatan lebih luas.

 

Pertumbuhan pendapatan kumpulan itu bagi FY26 dan FY27 dijangka terus disokong oleh pengembangan segmen penerbangan, peningkatan sumbangan operasi di Indonesia, dan pembangunan rumusan dalaman.

 

"Sehubungan itu, kami mengekalkan unjuran hasil dan harga sasaran (TP) RM1.428 sesaham berdasarkan 16 kali pendapatan FY27, serta mengekalkan saranan 'pegang' terhadap sahamnya," kata firma itu.

 

Jelas Mercury Securities, meskipun Pecca masih berdepan beberapa risiko, strategi kepelbagaian perniagaan serta pengembangan kapasiti meletakkannya pada kedudukan yang baik. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved