Pecco dan Marc : ‘Dream Team’ Ducati Corse

FootballSports
21 Jan 2025 • 12:11 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available


Musim MotoGP 2025 dijangka bakal menjadi salah satu yang paling mendebarkan dalam sejarah sukan permotoran. Pasukan Ducati Lenovo kini menampilkan dua bintang besar, Francesco “Pecco” Bagnaia dan Marc Marquez. Gabungan ini digelar “Dream Team” oleh peminat dan pemerhati sukan.

Dalam sesi pengenalan pasukan semalam, Marc Marquez menyatakan dengan tegas, “Jika Pecco tidak dapat menang, maka saya perlu menang.” Kenyataannya mencerminkan komitmen tinggi beliau untuk membawa kejayaan kepada Ducati. Sebaliknya, Pecco Bagnaia mengekalkan sikapnya yang merendah diri dengan berkata, “Saya akan sentiasa menjadi seorang yang berhemah, walaupun Marc memilih jalan yang berbeza.”

Persaingan di antara mereka bukan sahaja menjanjikan perlumbaan yang sengit, tetapi juga membuktikan keupayaan Ducati sebagai jentera terbaik dalam MotoGP. Bagnaia mempunyai pengalaman mendalam dengan Ducati, manakala Marquez, yang berpindah dari Honda musim lalu cepat serasi dengan jentera Ducati dan pasti bersama keazaman untuk kembali ke puncak.

Musim ini bakal menyaksikan persaingan dalaman yang menarik serta perlumbaan penuh aksi. Adakah kerjasama mereka akan membawa kejayaan atau mencetuskan konflik? Segalanya akan terjawab di litar.

Teruskan bersama Two Wheels..!

MotoGP

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved