Pecco Nafi Ada Rundingan Dengan Yamaha.

11 Jun 2025 • 10:00 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Juara dunia MotoGP dua kali, Francesco Bagnaia, menafikan khabar angin yang mengaitkannya dengan perpindahan ke pasukan Yamaha musim depan. Menurut Bagnaia, beliau langsung tidak tahu dari mana datangnya spekulasi tersebut dan menegaskan bahawa tiada rundingan berlaku antara dirinya dan Yamaha.

Pelumba Itali itu kini masih komited bersama Ducati Lenovo Team, pasukan yang telah membawanya ke puncak kejayaan dua musim berturut-turut. Tambahnya lagi, fokus beliau kekal untuk mempertahankan kejuaraan bersama jentera Desmosedici GP yang terbukti kompetitif.

“Saya sendiri tak tahu dari mana datang cerita itu. Tiada apa-apa yang berlaku antara saya dan Yamaha,” ujar Bagnaia sambil tersenyum ketika ditemui di paddock.

Yamaha ketika ini sedang giat mencari pelumba bertaraf juara untuk memperkukuh barisan mereka, namun Bagnaia dengan tegas mematikan spekulasi berkenaan dirinya. Buat masa ini, kedudukannya di Ducati dilihat masih utuh dan dihormati.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved