“Pegang password media sosial” – Aliff Syukri Kongsi Tips ‘Paling Berguna’ Elak Suami Curang

Entertainment
29 Nov 2023 • 12:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Susulan isu panas berkahwin dua sedang hangat diperkatakan, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri turut terkena tempias gara-gara namanya.

Dengan isu yang melanda ketika ini, Aliff mengambil kesempatan untuk berkongsi tips mengelakkan suami berlaku curang seperti yang diminta oleh netizen di media sosial.

Menerusi hantaran di akaun media sosialnya, Aliff memberi tiga cara yang boleh diamalkan oleh para isteri.

Menurut usahawan itu, antara yang boleh digunakan adalah golongan isteri perlu mengambil tahu kata laluan akaun media sosial milik suami mereka.

Tambahnya, isteri juga kena menjaga kewangan suami dengan cara memberi sedikit sahaja gaji mereka untuk kelangsungan hidup.


“Pertama sekali kau pegang password media sosial supaya tak curang. Kedua, duit gaji dia contoh kalau gaji RM5000, kau bagi tangan dia RM500 saja. Yang lain simpan untuk keperluan anak, duit makan dan simpanan.

“Nanti kalau perempuan lain tengok lelaki kaya mula menggeletis. Sebab apa? Sebab nak cari lelaki bujang banyak susah. Sebab itu rembat lelaki kau!” katanya.

Selain itu, para isteri digalakkan untuk meletakkan nama mereka pada semua aset yang dibeli oleh suami.

Jelasnya dengan cara itu, suami yang berlaku curang akan berfikir berkali-kali sebelum hidup berpoligami.

“Lelaki ini jangan kau bagi nama kereta ke rumah. Semua letak atas nama kau atau anak. Nanti kalau dia nak kahwin lain, dia fikir 10 kali.

“Itulah tips berguna. Jangan marah ya orang lelaki,” katanya lagi.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen, majoritinya bersetuju dengan tips yang dikongsikan.

image is not available image is not available

Pun begitu, Datin Seri Nur Shahida sempat meninggalkan komen yang mengundang perhatian ramai apabila mempersoalkan tindakan Aliff yang tidak sama seperti yang dikongsikan itu.

image is not available

Alamak, macam mana tu datuk?

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.