“Pegang telefon bimbit bawah pintu tandas” – Polis Kesan Lelaki Rakam Wanita Dalam Tandas

Entertainment
17 Apr 2024 • 12:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Memang menjadi mimpi ngeri para wanita di luar sana apabila perbuatan mereka dirakam di dalam tandas oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Baru-baru ini, pihak polis dilaporkan sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan membabitkan kes merakam gambar atau mengambil video seorang wanita di tandas sebuah pusat beli belah di Kota Kinabalu, Selasa lalu.

image is not available

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, pihaknya terima laporan berhubung kes mengaibkan kehormatan daripada seorang pengadu pada Rabu.

Kejadian berlaku pada 8.40 malam di mana pengadu menyedari ada individu tidak dikenali sedang memegang telefon bimbit di bawah pintu tandas dan disyaki merakam gambar atau video perbuatan pengadu.

“Susulan kejadian itu, semakan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV, suspek merupakan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an, berbaju hitam, berseluar coklat, bermisai serta berjanggut nipis selain memakai selipar,” katanya.

image is not available

Oleh itu, Mohd Zaidi memohon orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berhubung lelaki dalam rakaman CCTV tersebut untuk menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Wan Azman Mat Salleh di talian 012-8260050 bagi membantu siasatan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.