Pegasus Airlines batal lebih 200 penerbangan akibat salji di Istanbul

6 Feb 2023 • 11:20 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ISTANBUL: Syarikat penerbangan Turkiye Pegasus Airlines membatalkan lebih 200 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen susulan salji tebal melanda bandar itu.

Berdasarkan senarai yang diperoleh Sputnik, penerbangan domestik dan antarabangsa ke beberapa bandar yang dijadualkan pada 6-7 Februari dibatalkan.

Selain itu, sebanyak 170 lagi penerbangan telah dibatalkan oleh Turkish Airlines pada Isnin (152 dijadualkan ke Lapangan Terbang Istanbul dan 18 ke Lapangan Terbang Sabiha Gokcen).

Sesi persekolahan di Istanbul dan Ankara telah dibatalkan pada Isnin akibat salji tebal. -Bernama