Pegawai AKPS diugut tembak ketika jalankan tugas di Pelabuhan Klang

LocalPolitics
14 Jul 2026 • 8:27 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Pegawai AKPS diugut tembak ketika jalankan tugas di Pelabuhan Klang

SHAH ALAM, 14 JULAI: Seorang pegawai penguat kuasa Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Pelabuhan Klang menerima ugutan tembak ketika sedang melaksanakan tugas rasmi.

Komander AKPS Pelabuhan Klang Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal berkata laporan terhadap suspek yang dipercayai merupakan seorang ejen sebuah syarikat telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

“Tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang jenayah yang berkuat kuasa terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan.

“AKPS menegaskan bahawa sebarang bentuk ugutan, intimidasi, gangguan atau cubaan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas adalah perbuatan yang serius dan tidak akan dikompromi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata pihaknya juga komited untuk mempertahankan keselamatan serta kebajikan pegawainya dalam melaksanakan amanah menguatkuasakan undang-undang dan melindungi keselamatan sempadan negara.

Beliau berkata AKPS akan memberi kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan yang sedang dijalankan dan menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan.

“Individu yang didapati melanggar undang-undang akan berdepan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved