Pegawai AKPS maut dibunuh suami: Suspek ada 16 rekod jenayah - Polis

20 Oct 2026 • 12:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pegawai AKPS maut dibunuh suami: Suspek ada 16 rekod jenayah - Polis
Semakan mendapati 10 daripada rekod jenayah suspek berkaitan kesalahan narkotik, manakala enam lagi membabitkan kes pecah rumah, curi dan memiliki barang curi.

NILAI - Suspek yang juga suami kepada pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempanan Malaysia (AKPS) yang dibunuh di Kompleks Perumahan Awam di sini pada 15 Oktober lalu mempunyai 16 rekod jenayah.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, semakan mendapati 10 daripadanya berkaitan kesalahan narkotik, manakala enam lagi membabitkan kes pecah rumah, curi dan memiliki barang curi.

Menurutnya, ujian saringan awal urin terhadap suspek berusia 30-an itu juga bagaimanapun didapati negatif dadah.

Mengulas mengenai perkembangan siasatan kes itu, Johari berkata, sehingga kini seramai 18 individu sudah diambil keterangan bagi membantu melengkapkan siasatan.

"Setakat ini siasatan masih berjalan dan pihak kami akan merujuk kertas siasatan kepada pihak pendakwaan pada Rabu ini untuk tindakan susulan," katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa polis tidak pernah menerima laporan mengenai masalah rumah tangga dihadapi mangsa.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita berusia 35 tahun maut selepas dipercayai dibunuh suaminya pada jam 7 malam sebelum lelaki itu dikatakan menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor.

Punca kejadian dipercayai akibat perselisihan rumah tangga yang mana mangsa dikatakan meminta cerai dan suspek juga baru sahaja dibebaskan dari penjara atas kesalahan dadah.

Hasil bedah siasat mendapati, mangsa maut akibat tekanan pada leher selain laporan bedah siasat juga menemui kesan tikaman pada tepi perut dan pipi.

ARTIKEL BERKAITAN: Penjawat awam maut dipercayai dibunuh suami

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved