Pegawai & Anggota Bomba Terlebih BMI Tak Boleh Naik Pangkat & Dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

29 Jul 2024 • 5:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mana-mana anggota dan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak akan dapat naik pangkat jika berat badan berlebihan.

Menurut sumber, JBPM kini telah menetapkan indeks jisim badan (BMI) akan menjadi kriteria utama untuk menilai kenaikan pangkat anggotanya. Selain itu, BMI juga akan diambil kira untuk pemberian anugerah perkhidmatan cemerlang (APC) dan pingat perkhidmatan terhadap seseorang anggota.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, pendekatan tersebut bertujuan untuk memastikan setiap pegawai dan anggota agensi itu memiliki berat badan ideal untuk memenuhi tuntutan kerja yang memerlukan kekuatan fizikal.

image is not available

“Seramai 1,900 orang atau 17 peratus daripada pegawai dan anggota JBPM dikenalpasti mengalami berat badan berlebihan.

“Sebahagian mereka juga didapati menghidap penyakit tidak berjangkit seperti tekanan darah tinggi.”

Tambah Nor Hisham, kesemua pegawai dan anggota bomba yang obes tersebut kini dalam perhatian JBPM melalui program ‘Wellness Hub’ yang dilancarkan dua bulan lalu.

Sumber : Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.