Pegawai Bantuan di semua balai bomba dan penyelamat

25 Mar 2025 • 10:13 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Seramai 94 Pegawai Bomba Bantuan (PBB) yang telah selesai proses temuduga baru-baru ini, akan ditempatkan di semua balai bomba dan penyelamat (BBP) daerah di negeri ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Jainal @ Zainal Madasin berkata, ini termasuk Balai Bomba Sandakan yang ketika ini tidak mempunyai PBB, selain kawasan pedalaman yang memerlukan PBB.

“PBB ini akan membantu kerja-kerja berkaitan di balai berkenaan kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Lawatan Kerja Rasmi dan Berbuka Puasa di Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, pada Ahad.

Hadir sama, Ketua Zon 6, JBPM Sandakan, Jasri Abd Jal, Ketua BBP Sandakan, Severinus Sainkui, Ketua BBP Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin dan Ketua BBP Beluran, Edoen Macheal.

Pada majlis sama, Zainal bersama Jasri turut menyempurnakan pemakaian pangkat kepada beberapa anggota Bomba disini.

Dalam pada itu, Zainal berkata, tiada isu kekurangan aset seperti jentera yang mengekang usaha membantu dan menyelamat mangsa banjir serta kes menyelamat yang lain.

“Ini kerana BBP terdekat seperti Kinabatangan dan Beluran sentiasa bersiap sedia membantu jika diperlukan sepanjang masa dan begitu juga sebaliknya,” katanya.