Pegawai bomba dijemput ajal selepas selesai bertugas

17 Apr 2025 • 7:37 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Arizal Mahmud, 54, meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

PENDANG - Seorang pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Pendang maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Bukit Choras, di sini, pada Rabu.

Mangsa, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Arizal Mahmud, 54, meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Pendang, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, kejadian jam 5.40 petang mangsa yang menunggang motosikal Honda ADV160 baru keluar dari Balai Bomba Dan Penyelamat Pendang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kuala Kedah.

“Apabila sampai di Jalan Bukit Choras, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu motosikal terbabas dan mangsa terseret di atas jalan.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa tidak sedarkan diri dan telah dibawa ke Hospital Pendang dengan menaiki Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) BBP Pendang untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia jam 8.35 malam ketika menerima rawatan di hospital berkenaan,” katanya.

Rodzi berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Huzaini Halil mengesahkan pegawainya terlibat dalam kemalangan terbabit.

Katanya, kejadian berlaku ketika Allahyarham Arizal yang baru selesai tugas dalam perjalanan pulang ke rumahnya. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved