Pegawai Diplomatik Ahmad Zahid meninggal dunia

LocalPolitics
7 Jul 2026 • 1:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pegawai Diplomatik Ahmad Zahid meninggal dunia
Bekas wartawan, Datuk Jailani Harun meninggal dunia di Hospital Serdang pagi tadi. Foto: Instagram Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR - Bekas wartawan, Datuk Jailani Harun meninggal dunia pada usia 66 tahun di Hospital Serdang di sini pagi tadi.

Perkara itu disahkan anak sulungnya Nabilla Jailani, 33, secara ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 11.34 pagi tadi.

Jenazah Jailani yang juga Pegawai Diplomatik kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan dibawa ke Masjid Al-Mubarakah Taman Bukit Cheras untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Alam Damai, Cheras selepas Asar.

Sementara itu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga dan sahabat handai Allahyarham.

"Semoga diberikan kekuatan dan kesabaran berdepan kehilangan ini. Sama-sama kita doakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat ALLAH SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya menerusi hantaran di Facebook. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved