“Pegawai Imigresen Tak Dibenarkan Tolak Permohonan Hanya Kerana Gagal Menguasai Bahasa Kebangsaan” – Ketua Pengarah JIM

25 Apr 2024 • 11:34 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, tular hantaran seorang individu lelaki berbangsa Cina meluahkan rasa kesal apabila ibunya tidak dapat memperbaharui passport hanya kerana tidak fasih berbahasa Melayu.

Ketua Jabatan Imigresen Malaysia bersuara

Susulan itu, Ketua Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Ruslin Jusoh menegaskan pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan jika ada pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.

image is not available

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ingin memaklumkan bahawa pelanggan terbabit sudah dapat memperbaharui pasport dan mengambilnya di Pejabat UTC Pulau Pinang pada hari sama (22 April lalu).

Dalam pada masa yang sama, beliau berkata pegawai-pegawai imigresen akan melaksanakan semakan secara rawak daripada pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

image is not available

Namun begitu, ia akan dilakukan dengan profesional dan penuh berhemah.

image is not available 2 days ago

"Dia Kena Cakap Bahasa Melayu, Sini Malaysia" - Lelaki Bangsa Cina Kesal Kakitangan UTC Tak Benarkan Ibu 'Renew' Passport