
TAWAU: Seorang pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah atas 17 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM14,250.
Dewiana Bacho, 37, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Jason Juga terhadap semua 17 pertuduhan ke atasnya pada Selasa.
AdvertisementBagi pertuduhan pertama hingga ke-17, Dewiana didakwa memperoleh untuk dirinya satu benda berharga, iaitu wang tunai tanpa suatu balasan yang dipindahkan daripada akaun peribadi Maybank kepunyaan Eryano Jabar, 58, dengan nilai keseluruhan RM14,250.
Semua rasuah itu didakwa diterima oleh Dewiana daripada seorang individu yang mempunyai kaitan dengan tugas rasminya, iaitu Eryano bertanggungjawab menguruskan warga asing melalui kaunter pemeriksaan Imigresen di Lapangan Terbang Tawau (LTT) ke Kuala Lumpur.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Kesalahan itu didakwa berlaku di kaunter pemeriksaan Imigresen LTT antara Januari hingga Mac 2023.
Pertuduhan dijalankan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
AdvertisementMahkamah melepaskan Dewiana diikat jamin RM10,000 deposit RM2,000, serta syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan, termasuk menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah, melapor diri ke pejabat SPRM setiap dua bulan dan dilarang mendekati saksi pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 11 Mac tahun ini untuk sebutan semula kes.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pegawai Pendakwa SPRM Norsham Saharom tampil untuk pendakwaan, manakala Dewiana diwakili peguam Nur Hafizah Husna Elahab@Lahab.


