Pegawai Kadet UPNM Mengaku Tak Bersalah T*kap Seterika Pada Rakan Sekelas

LocalPolitics
8 Nov 2024 • 12:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, heboh di media sosial apabila seorang pelajar Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) dikatakan menekap tubuh badan pelajar lain dengan menggunakan seterika.

Menurut laporan Berita Harian, Amirul Iskandar Ahmad Norhanizan, 22, yang juga Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) universiti tersebut bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Egusra Ali.

image is not available

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Salman Mohd Saiful Surash, 20, menggunakan seterika wap panas pada jam 11.45 malam di ALK UPNM di Kem Sungai Besi.

Difahamkan, pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebatan, atau mana-mana daripada dua hukuman terbabit.

Mahkamah kemudian membenarkan jumlah jaminan ke atas tertuduh sebanyak RM20,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 27 Disember untuk sebutan semula kes.

Sebagai info, pada 22 Oktober lalu, mangsa mendakwa didatangi pegawai senior yang juga suspek sebelum mangsa diminta menggosok baju miliknya.

Pelajar senior berusia 22 tahun itu didakwa secara tiba-tiba mengambil seterika yang dipegang pengadu sebelum menekap bahagian dada sebelah kanan sebanyak satu kali.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.