Pegawai Kanan Polis Antara Tiga Ditahan SPRM – Ketua Polis Negara

30 Aug 2023 • 2:56 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pegawai Kanan Polis Antara Tiga Ditahan SPRM – Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) — Seorang pegawai kanan dan dua anggota polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Muar, Johor.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika mengesahkan perkara itu, berkata perincian lanjut mengenai penahanan mereka akan dibuat oleh Ketua Polis Johor.

“Saya sahkan penahanan mereka namun perincian penuh boleh dapatkan daripada Ketua Polis Negeri Johor (Datuk Kamarul Zaman Mamat),” katanya ringkas kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad ketika dihubungi berkata JIPS akan membuka kertas siasatan selari seperti biasa berhubung tangkapan oleh SPRM itu.

Sumber: BERNAMA