Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

LocalPolitics
28 Apr 2026 • 5:27 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

KUANTAN, 28 April (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis direman lima hari hingga 2 Mei ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah kira-kira RM64,000 sebagai balasan melindungi kegiatan pusat hiburan tidak sah di sebuah daerah di Pahang.

Perintah reman terhadap suspek lelaki itu dikeluarkan Majistret Ellyna Mahussin selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Kuantan pagi tadi.

Menurut sumber, suspek berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira 2 petang semalam di kediamannya.

Baca juga:

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara 2020 hingga 2023 ketika bertugas di satu daripada daerah di negeri ini.

“Suspek dipercayai menerima wang rasuah secara bulanan daripada dua pemilik pusat hiburan melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi miliknya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved