Pegawai Kanan Polis Disyaki Lindungi Kegiatan Haram Dicekup

24 Mar 2024 • 5:11 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara.

Menurut sumber, pegawai kanan yang bertugas di lbu Pejabat Polis Kuala Lumpur itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, semalam.

Beliau berkata pemeriksaan SPRM ke atas beberapa premis milik pegawai kanan tersebut berjaya menemukan wang tunai berjumlah lebih RM2 juta.

"Suspek direman tiga hari bermula hari ini," menurut  sumber berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi BERNAMA mengesahkan penangkapan berkenaan. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved