Pegawai Kanan Polis Ditahan JIPS Bukit Aman, Dipercayai Bersekedudukan Dengan Wanita Di Cheras

LocalPolitics
11 Oct 2024 • 9:42 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Beberapa minggu lalu, kecoh di media sosial laporan berita mengenai seorang anggota polis yang mengadakan parti persendirian di bilik kakitangan Bahagian Pencegah Maksiat, Anti-Perjudian dan Rahsia (D7) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Insiden dilaporkan berlaku pada 28 September lalu sewaktu pegawai dari Jabatan Integriti Shah Alam melakukan pemeriksaan mengejut pada jam 1:30 pagi.

Pemeriksaan mendapati terdapat lima individu termasuk dua lelaki dan tiga wanita sedang berkumpul yang kelihatan seperti satu ‘majlis sosial’.

Pegawai kanan polis bersekedudukan dengan wanita ditahan JIPS

Terbaharu, seorang pegawai kanan polis pula dilaporkan ditahan oleh Jabatan Integriti dan Pematuan Standard (JIPS), Bukit Aman kerana dipercayai bersekedudukan.

Difahamkan, pegawai itu ditahan ketika bersama seorang wanita yang tidak mempunyai ikatan sah dengan dirinya di sebuah kediaman di Cheras, Kuala Lumpur.

Penahanan anggota polis itu yang bertugas di Perak itu dilakukan cawangan Risikan Operasi JIPS, Bukit Aman pada sekitar 1.40 pagi, kelmarin (9 Oktober).

Pengarah JIPS Bukit Aman sahkan tentang penahanan terbabit, siasatan masih dijalankan

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad telah mengesahkan tentang penahanan tersebut dan menyatakan siasatan masih dijalankan oleh pihaknya.

“Saya sahkan pegawai berkenaan ditahan bersama wanita yang tiada ikatan sah dengan dirinya.

“Tangkapan itu dibuat selepas kita (JIPS) menerima maklumat adanya aktiviti bersekedudukan berlaku membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dipetik Harian Metro.

image is not available

Kes parti dalam balai, 4 anggota termasuk pegawai polis dipindahkan serta-merta

Terdahulu, tiga anggota dan seorang pegawai berpangkat Inspektor dipindahkan keluar dari Selangor selepas dipercayai turut terbabit dalam penyalahgunaan premis kerajaan dengan menganjurkan parti tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, semua anggota itu dipindahkan secara serta-merta ke Johor dan Kelantan.

Menurutnya, tindakan itu diambil susulan seorang anggota berpangkat Koperal membawa masuk empat orang awam, termasuk tiga wanita dalam premis pejabat mereka.

Source: