Empat suspek curi barang kemas RM45K ditangkap

LocalPolitics
10 Oct 2024 • 4:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Empat suspek, termasuk dua wanita, yang disyaki terlibat kes kecurian barang kemas bernilai RM45,000 di Jalan OKK Abu Bakar pada 1 Oktober lalu, diberkas polis dalam tangkapan berasingan pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, barangan kemas milik seorang lelaki, 31, yang diletakkannya di dalam kereta sebelum didapati hilang, dipercayai dicuri individu tidak dikenali.

“Mangsa kemudian membuat laporan polis apabila mendapati seutas gelang tangan emas, seutas rantai emas dan sebiji buah rantai emas dianggarkan bernilai RM45,000, hilang dari keretanya,” katanya.

Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menangkap kesemua suspek yang disyaki terlibat kes tersebut.

SPONSORED CONTENT Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes. Read more Katanya, suspek pertama lelaki berumur 42 tahun ditahan di tepi jalan Kg Pukat, Tanjung Batu Laut pada jam 6 pagi dan membawa kepada tangkapan suspek kedua, seorang wanita, 30, di Hospital Tawau pada jam 1.30 petang.

“Manakala, suspek ketiga yang juga seorang wanita, 28, ditangkap di Kg Pukat, Jalan Tanjung Batu Laut sekitar jam 3 petang pada hari yang sama.

“Hasil penahanan wanita itu, seorang lagi suspek lelaki, 32, ditahan di sekitar Hospital Tawau pada jam 6 petang,” katanya dalam kenyataan mdia, pada Rabu.

Jasmin berkata, kesemua suspek dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.