Pegawai kanan polis maut dipercayai terjatuh dari bangunan

20 May 2026 • 3:18 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Pegawai kanan polis maut jatuh bangunan di Vista Alam

Seorang pegawai kanan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di Vista Alam, Seksyen 14, awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 3.07 pagi.

“Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima maklumat kejadian tersebut pada jam kira-kira 3.07 pagi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya

Dalam masa sama, polis turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa atas kejadian yang menimpa.

Orang ramai juga diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

The post Pegawai kanan polis maut dipercayai terjatuh dari bangunan appeared first on The Reporter.