Pegawai Kanan JSJ Selangor Meninggal Dunia Terjatuh Dari Bangunan, Polis Klasifikasi ‘Mat* Mengejut’

Local
20 May 2026 • 2:54 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seorang pegawai kanan polis dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di Seksyen 14, Shah Alam, pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, mangsa merupakan seorang pegawai kanan lelaki yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, memetik Harian Metro.

Advertisement

jsj

“Pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 3.07 pagi tadi.”

Menurut beliau, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes buat masa ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil bedah siasat.

pdrm

“Polis Selangor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan meminta orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.”

Pihak polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat andaian berhubung kejadian tersebut sehingga siasatan lengkap dijalankan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Pegawai Kanan JSJ Selangor Meninggal Dunia Terjatuh Dari Bangunan, Polis Klasifikasi ‘Mat* Mengejut’2026-05-20 14:16:02

Bapa Zayn Rayyan Peroleh Hak Penjagaan Anak Kedua Tanpa Syarat

The post Pegawai Kanan JSJ Selangor Meninggal Dunia Terjatuh Dari Bangunan, Polis Klasifikasi ‘Mat* Mengejut’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article