Pegawai Kerajaan Perlu Tingkatkan Tahap Kecekapan – PM

Politics
9 Nov 2023 • 5:34 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada pegawai kerajaan di seluruh negara supaya tingkatkan lagi tahap kecekapan bagi mempercepat kelulusan sebarang pelaksanaan projek atau dasar pada masa akan datang.

Menurut laporan Sinar Harian, meskipun kecekapan pelaksanaan projek di dalam negara berada pada tahap baik, namun tahap kecepatan kelulusan projek masih belum memuaskan.

Pegawai kerajaan tingkatkan kecekapan

image is not available

Susulan itu, pendedahan dan latihan tambahan perlu dilakukan kepada pegawai kerajaan mengenai perancangan dan kaedah menangani permasalahan yang melibatkan pelaksanaan projek di satu-satu kawasan berkaitan.

“Antara cabaran kita adalah kepantasan atau kecepatan meluluskan bila sudah ada keputusan. Betul, kita sudah runding dan teliti tetapi ada masalah kita lewat meluluskan (projek) bukan sahaja di Kuala Lumpur, tetapi di seluruh negara.

“Ini yang disebut ‘ease of doing business’, maknanya kepantasan atau kecepatan meluluskan setelah mengambil kira semua peraturan diteliti, dicerakin sebelum kelulusan dibuat,” katanya.

image is not available

Sumber: Sinar Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved