Pegawai media TPM antara tujuh cedera kemalangan di LPT

19 Jun 2026 • 5:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pegawai media TPM antara tujuh cedera kemalangan di LPT
Keadaan salah sebuah lori yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 144.2 Lebuhraya Pantai Timur dekat Maran, awal pagi Jumaat. Foto Polis Maran
Image from: Pegawai media TPM antara tujuh cedera kemalangan di LPT
Keadaan Toyota Fortuner yang terlibat kemalangan di Kilometer 144.2 Lebuhraya Pantai Timur dekat Maran, awal pagi Jumaat. Foto Polis Maran
Image from: Pegawai media TPM antara tujuh cedera kemalangan di LPT
Lokasi berlaku kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 144.2 Lebuhraya Pantai Timur dekat Maran, awal pagi Jumaat. Foto Polis Maran.

KUANTAN – Tujuh individu termasuk seorang pemandu dan tiga pegawai media kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 144.2 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Maran, awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner dan dua lori masing-masing jenis Foton dan Hicom.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, siasatan awal mendapati Toyota Fortuner berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menuju ke Kuala Lumpur..

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah lori jenis Foton secara tiba-tiba mengubah haluan ke kanan jalan.

"Keadaan itu menyebabkan pemandu Toyota Fortuner tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian sisi kanan lori berkenaan.

"Dalam masa sama, sebuah lagi lori jenis Hicom yang berada di lokasi cuba mengelak sebelum hilang kawalan dan terbabas serta melanggar besi penghadang jalan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

**media[3556174]**

Beliau berkata, akibat kemalangan itu kesemua mangsa mengalami cedera ringan dan dibawa ke Hospital Jengka untuk rawatan lanjut.

Menurut Kim Wai, kemalangan dipercayai berpunca daripada tindakan lori Foton yang mengubah haluan secara mengejut sehingga menyebabkan perlanggaran.

Katanya, kes disiasat di bawah Rule 6 (1) LN 166/59.

Sehubungan itu, beliau meminta saksi kejadian tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Maran, Sarjan Mohd Junaidi Jamat di talian 019-4544864 atau hadir ke balai polis berhampiran.

**media[3556175]**

Terdahulu, Ahmad Zahid dalam hantaran di laman Facebooknya memaklumkan pegawai medianya terlibat dalam kemalangan jalan raya di laluan berhampiran Maran ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Himpunan Huffaz Negeri Pahang 2026.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid memaklumkan semua yang terlibat dalam insiden tersebut berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan serius.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved