Pegawai Media TPM Zahid Cedera Dalam Kemalangan Berhampiran Maran

LocalPolitics
19 Jun 2026 • 2:17 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Pegawai Media TPM Zahid Cedera Dalam Kemalangan Berhampiran Maran

Pegawai Media TPM Zahid Cedera Dalam Kemalangan Berhampiran Maran

Pegawai media kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan cedera selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan jalan raya berhampiran Maran, Pahang, tengah malam tadi.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan serius.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid memaklumkan pegawai medianya itu dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Himpunan Huffaz Negeri Pahang 2026.

Baca juga:

“Tengah malam tadi, pegawai media yang bersama saya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran Maran ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Himpunan Huffaz Negeri Pahang 2026.

“Alhamdulillah, mereka semua selamat dan tidak mengalami kecederaan serius. Syukur ke hadrat Allah SWT atas perlindungan dan rahmat-Nya,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menasihatkan semua petugas agar sentiasa menjaga keselamatan diri terutama ketika bertugas dan memandu.

“Rehat secukupnya, pandu kenderaan dengan berhati-hati dan sentiasalah mengutamakan keselamatan walau sesibuk mana sekalipun.

“Semoga mereka yang terlibat segera pulih sepenuhnya dan semoga kita semua sentiasa dipelihara Allah SWT walau di mana pun kita berada,” katanya lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved