Pegawai Pendidikan Bakal Bertemu Uskup Anglikan Berkaitan Isu Khatam Quran Sekolah

9 Jan 2024 • 5:24 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Uskup Anglikan bakal bertemu pegawai PPD esok

Pegawai Pendidikan Bakal Bertemu Uskup Anglikan Berkaitan Isu Khatam Quran Sekolah. Pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuching akan mengadakan pertemuan dengan Uskup Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei, Rt Revd Datuk Danald Jute esok mengenai isu sekolah misi Kristian yang tidak dibenarkan mengadakan program khatam al-Quran.

Menerusi laporan daripada The Borneo Post, beliau mengesahkan pertemuan itu akan diadakan di pejabatnya pada jam 2 petang.

“Saya menjangkakan untuk berjumpa pegawai PPD. Mereka telah meminta untuk bertemu dengan saya,” kata Danald apabila dihubungi hari ini.

image is not available
Pegawai Pendidikan Bakal Bertemu Uskup Anglikan Berkaitan Isu Khatam Quran Sekolah. Sumber: Borneo Post

Beliau memaklumkan sebelum ini bahawa pihak berkuasa Gereja mempunyai hak untuk membenarkan atau menghentikan sebarang aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah misinya.

Difahamkan bahawa ibu bapa 53 murid Tahun 6 SK St Thomas telah meminta penjelasan dari gereja mengapa program tahunan yang dirancang pada 3 Feb tahun ini tidak dibenarkan walaupun telah diadakan pada tahun-tahun sebelumnya.

Pada 21 Disember 2023, pegawai pendidikan keuskupan, Revd Robin Sabai telah menulis surat kepada guru besar sekolah yang menyatakan bahawa program itu tidak dibenarkan.

Seorang netizen telah berkongsi surat itu di media sosial, menyebabkan orang ramai menyeru Gereja untuk memberikan penjelasan.

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/larangan-khatam-quran-ibu-bapa-pelajar-pelawa-sokongan-pengusaha-makanan/

https://www.iloveborneo.my/majlis-khatam-al-quran-sekolah-kuching-ditolak/