Pegawai Polis Ditemukan Dengan Kesan Tembakan Di Kepala

2 Jul 2023 • 3:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Seorang pegawai polis ditemukan mati dengan kesan tembakan di kepala di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau, semalam. - Gambar fail

SEREMBAN - Seorang pegawai polis ditemukan mati dengan kesan tembakan di kepala di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau, semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kes itu pada 6.30 petang dan pegawai itu ditemukan dalam keadaan berlumuran darah.

"..jenazah telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini untuk bedah siasat. 

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau meminta orang ramai tidak mengeluar apa-apa kenyataan yang boleh mengganggu siasatan polis serta menghormati keluarga si mati. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved