Peguam Dedah Surat Istana Pahang, Sahkan Wujud Titah Adendum Benar Najib Jalani Tahanan Rumah

LocalPolitics
6 Jan 2025 • 11:59 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebentar tadi telah mendedahkan surat daripada Majlis Kesultanan Pahang yang mengesahkan wujudnya Titah Adendum yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Menurut Muhammad Shafee, surat yang bertarikh 4 Januari itu telah dihantar kepada anak sulung Najib, Datuk Mohamad Nizar oleh Pengelola Bijaya Diraja Ke-Bawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman.

image is not available

image is not available

Beliau mendedahkan dokumen itu ketika mengemukakan permohonan Najib untuk memasukkan bukti tambahan dalam rayuannya untuk mendapatkan semakan kehakiman berhubung Titah Adendum berkenaan.

Surat itu juga memaklumkan bahawa baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah selaku Yang di-Pertuan Agong ke-16 menitahkan supaya Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan menerusi penahanan dalam rumah (house arrest) melalui Titah Adendum bertarikh 29 Januari 2024.

Surat itu juga menyatakan, Pengelola Bijaya bagi pihak Sultan Pahang memperakukan bahawa Titah Adendum adalah wujud dan sahih.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.