
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kali berdepan dengan masalah undang-undang, mahkamah merupakan salah satu institusi digunakan untuk mendapatkan pengadilan.
Apabila prosiding selesai yang bersalah akan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Antara hukuman tersebut seperti denda, perlu membayar saman dan sebagainya.
Sebelum ini, ada yang tertanya-tanya apakah yang akan berlaku sekiranya individu yang kalah dalam tuntutan saman namun tidak mempunyai wang untuk membayarnya serta siapakah yang akan membayar nilai saman dan kos guaman terbabit.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Kongsi Cara Sediakan Agreement ‘Pinjaman Persahabatan’, Dapat Elak Peminjam Tak Bayar Hutang
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Tak Wajib Bagi Nafkah Pada Anak Tak Sah Taraf? Ini Penjelasan Peguam Syarie
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Fikir Bukan-bukan” – Peguam Beri Penjelasan Maksud Pendakwaan Tutup Kes
Peguam jelaskan apa berlaku jika defendan tak bayar saman
Peka dengan soalan itu, seorang peguam dikenali sebagai Nas Rahman kemudiannya menjelaskan apakah yang berlaku ke atas defendan sekiranya tidak membuat pembayaran saman berkenaan.
Kata Nas Rahman, ramai yang sangka apabila seseorang menang kes di mahkamah mereka akan terus mendapat wang tuntutan.
“Hakikatnya, menang kes tak bermaksud automatik kita sebagai pihak yang menang akan terus dapat bayaran.
“Kalau pihak yang kalah enggan bayar, kita perlu ambil langkah seterusnya iaitu Pelaksanaan Penghakiman (Execution of Judgement),” katanya.
Ada beberapa kaedah digunakan
Menurut Nas lagi untuk Pelaksanaan Penghakiman, antara kaedah yang boleh digunakan adalah seperti:
- Saman Penghutang Penghakiman (paksa dedahkan aset)
- Writ Penyitaan dan Jualan
- Prosiding Garnisi (sita akaun bank)
- Charging order
Katanya, pihak mahkamah tidak akan membantu untuk mengutip semula wang individu yang menang.
Fungsi mahkamah adalah dengar kes dan buat keputusan
Tetapi fungsi mahkamah adalah untuk mendengar kes dan buat keputusan. Kita sebagai pihak yang menang yang perlu pilih bagi memulakan tindakan yang mana sesuai diambil.
“Macam mana yang nak tahu cara yang paling berkesan? Bergantung kepada situasi.”
Katanya, perkara itu perlu tentukan sama ada:
- Adakah pihak yang kalah ada aset?
- Aset dalam bentuk apa?
- Kos vs hasil
“Kalau bagi dia bankrap atau gulung tikar boleh ke? Boleh, tapi prosiding kebankrapan atau gulung tikar ini prosiding baru (kes berbeza).
“Risikonya, kita mungkin akan jadi pemiutang tidak bercagar yang mana keutamaan kita lebih rendah dari bank.
“Menang kes hanyalah separuh perjalanan. Separuh lagi adalah strategi untuk dapatkan duit tersebut,” katanya lagi.
View on Threads
