Peguam Jelaskan Mengenai Hukuman Penjara PU Azman Berjalan Serentak Dan Jumlah Sebatan Jadi Bertambah

LocalEntertainment
2 Jan 2025 • 11:57 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
pu azman

Pendakwah selebriti, PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias telah dijatuhkan hukuman penjara selama 24 tahun atas kesalahan amang seksual baru-baru ini.

Menurut laporan mStar, walaupun PU Azman mengaku bersalah atas beberapa lagi pertuduhan serupa, hukuman penjaranya akan berjalan secara serentak bermula sejak 27 September lepas.

Hukuman penjara PU Azman tidak ditambah

image is not available

Tempoh hukuman penjara 24 tahun itu tidak akan bertambah meskipun terdapat pertuduhan lain dan perkara ini dikatakan sendiri peguam yang mewakili PU Azman iaitu Fahmi Adilah

Hukuman penjara lain seperti 14 bulan, tujuh dan enam tahun berjalan serentak. Ia tidak dijalankan secara berasingan.

Bukan tu jer, hukuman sebatan sebanyak lima kali yang dikenakan ke atas PU Azman akan dilakukan secara berasingan.

Rayuan hukuman sedang dijalankan

image is not available

Menurut Fahmi, pihaknya sedang dalam proses membuat rayuan terhadap hukuman penjara 24 tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Klang. 

Hukuman tersebut dikenakan selepas PU Azman didapati bersalah pada akhir September.

#OhmediaNasihat

Kes ini memberi pengajaran kepada semua bahawa kedudukan atau populariti seseorang tidak boleh dijadikan alasan untuk melanggar undang-undang. 

Sentiasa jaga tingkah laku dan amanah, lebih-lebih lagi bagi mereka yang menjadi teladan kepada masyarakat.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: mStar


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved