Pelawak ‘kantoi’ bawa bahan terlarang terima hukuman penjara 6 bulan di Jeddah

LocalEntertainment
2 Jan 2025 • 4:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelawak popular yang ditahan sewaktu menunaikan umrah disebabkan membawa bahan terlarang dihukum penjara 6 bulan di Jeddah, Arab Saudi.

Memetik laporan dari Berita Harian, sumber dipercayai memaklumkan hukuman tersebut telah dijatuhkan pada November lalu sewaktu tempoh perbicaraan.

image is not available

sekadar gambar hiasan

Pelawak sedang jalani hukuman penjara 6 bulan di sana

Difahamkan, pelawak terkenal itu sedang menjalani hukuman penjara ketika ini sebelum dibebaskan kelak.

“Dia berkemungkinan akan dibebaskan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan sekiranya berkelakuan baik,” ujarnya.

image is not available

sekadar gambar hiasan

Dihukum penjara 6 bulan di Jeddah, mungkin bebas April

Dalam pada itu, sumber berkenaan turut menyatakan bahawa hukuman penjara yang dikenakakan terhadap selebriti terbabit mungkin berakhir pada April nanti.

“Berdasarkan hukuman penjaranya dia dijangka akan selesai menjalani hukuman penjara pada April ini,” katanya.

image is not available

sekadar gambar hiasan

Sebelum ini, pihak Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh telah mengesahkan tentang penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja namun tidak mendedahkan identiti individu terbabit.

Sepanjang penahanannya di sana, pihak Kedutaan Besar Malaysia dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah telah memberikan bantuan konsular kepada warga Malaysia berkenaan.

Sumber: Berita Harian (Safeek Affendy Razali)