Peguam Minta Pakar Psikiatri Forensik Nilai Keadaan Mental Zara – “Mengapa Dia Berada Di Koridor Jam 3 Pagi?”

LocalPolitics
11 Sep 2025 • 10:59 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Mahkamah Koroner Kota Kinabalu pada Khamis dimaklumkan bahawa penilaian psikiatri forensik perlu dijalankan bagi meneliti keadaan mental Allahyarham Zara Qairina Mahathir sebelum kejadian tragis menimpanya, lapor mStar.

Peguam mewakili tertuduh remaja, Datuk Ram Singh berkata, faktor psikologi tidak boleh diketepikan memandangkan insiden berlaku sekitar jam 3 pagi di asrama sekolah, melibatkan seorang pelajar berusia 13 tahun.

image is not available

Katanya selepas prosiding inkues,

Persoalan utama adalah keadaan mental arwah ketika itu dan mengapa beliau berada di koridor pada waktu tersebut. Perkara ini memerlukan kepakaran psikiatri forensik, bukan sekadar penilaian fizikal.

Beliau turut merujuk keterangan pakar patologi Hospital Queen Elizabeth, Dr Jessie Hiu, yang hanya menilai kecederaan dan kesan jatuhan tanpa menyentuh aspek psikologi. Justeru, pihaknya memohon agar mahkamah mendapatkan khidmat pakar psikiatri kerajaan untuk analisis yang lebih menyeluruh.

image is not available

image is not available

Permohonan itu turut disokong peguam keluarga Zara yang menekankan kepentingan penilaian psikologi bagi memberi gambaran lengkap tentang insiden tersebut.

Koroner Amir Shah Amir Hassan mengambil maklum permohonan itu dan menangguhkan keputusan untuk tindakan lanjut. Prosiding pada hari sama turut menyaksikan simulasi menggunakan tiga patung bagi menggambarkan kemungkinan cara arwah terjatuh dari bangunan asrama.

image is not available 2025-09-10 15:03:20

"Tiada CCTV Di Blok Asrama Zara Qairina" - Saksi