Peguam Negara arah polis ambil keterangan Mohd. Shuhaily, teliti ketulenan CCTV

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 9:43 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Peguam Negara arah polis ambil keterangan Mohd. Shuhaily, teliti ketulenan CCTV

div:has([data-free-thinking-preview-answer=true])+:is(.text-message,.relative:has(>.text-message))]:-mt-2 grow">div:has([data-free-thinking-preview-answer=true])+:is(.text-message,.relative:has(>.text-message))]:-mt-2" data-streaming-response-group="">

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu merakamkan percakapan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain bagi melengkapkan siasatan berhubung video yang tular baru-baru ini.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar berkata, selain mendapatkan keterangan Mohd. Shuhaily, pihak polis juga perlu mendapatkan pengesahan mengenai ketulenan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikaitkan dengan kes berkenaan.

“Setelah penelitian dibuat terhadap kertas siasatan tersebut, ada beberapa aspek yang memerlukan siasatan lanjut bagi melengkapkan siasatan.

“Kertas siasatan akan dipulangkan semula hari ini (semalam) kepada pihak PDRM bagi tujuan tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Pada 6 Oktober lalu, Jabatan Peguam Negara memaklumkan penelitian lanjut akan dibuat terhadap kertas siasatan berhubung video tular yang membabitkan Mohd. Shuhaily.

Penelitian itu termasuk keterangan saksi, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta apa-apa keterangan lain yang relevan.

Sebelum itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Khalid Ismail berkata, kertas siasatan berhubung video tular itu akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

Kertas itu dirujuk bagi penelitian, nasihat dan arahan selanjutnya selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Dua laporan diterima daripada dua anggota polis berhubung dakwaan bahawa mereka telah dikasari secara fizikal oleh Ketua Pengarah AKPS.

Siasatan berhubung insiden tersebut dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Kesalahan itu merujuk kepada perbuatan dengan sengaja yang menyebabkan kesakitan, penyakit atau kelemahan tubuh kepada orang lain. – UTUSAN

The post Peguam Negara arah polis ambil keterangan Mohd. Shuhaily, teliti ketulenan CCTV appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved