JPA tunggu keputusan AGC isu Mohd. Shuhaily

LocalPolitics
8 Oct 2026 • 5:17 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: JPA tunggu keputusan AGC isu Mohd. Shuhaily

KOTA BHARU: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) masih menunggu keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung isu melibatkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, siasatan berhubung isu tersebut oleh polis telah selesai dan laporan sudah dihantar kepada AGC untuk tindakan selanjutnya.

 

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana JPA masih menunggu keputusan daripada AGC.

 

“Kes itu kini dalam siasatan polis dan siasatan sudah selesai.Laporan juga dihantar kepada AGC yang akan menentukannya.

 

“Kita sedang tunggu laporan daripada AGC. Jadi saya tidak mahu komen lebih lanjut,” katanya selepas mengadakan Program Ziarah Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Kementerian Pendidikan Malaysia, Siti Zaitun Abdullah, 78, di Pusat Jagaan ShalisCare Centre, di sini hari ini.

 

Sebelum ini, tular sebuah klip video memaparkan Mohd. Shuhaily sedang memarahi dua lelaki dengan seorang daripada mereka kelihatan ditarik telinganya secara kasar.

 

Selain video berkenaan, salinan laporan polis yang didakwa dibuat oleh individu yang menjadi mangsa layanan kasar oleh Mohd. Shuhaily turut tersebar luas dalam media sosial.

 

Sementara itu, Wan Ahmad Dahlan berkata, seramai 63 pesara dari seluruh negara telah disantuni menerusi program berkenaan melibatkan pelbagai jabatan sejak 2024 hingga kini.

 

Katanya, usaha itu merupakan manifestasi penghargaan kerajaan terhadap pesara atas khidmat dan sumbangan mereka sepanjang bertugas. – UTUSAN

 

The post JPA tunggu keputusan AGC isu Mohd. Shuhaily appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved