Peguam Palsu Ditahan Selepas Menang 26 Kes Mahkamah Tinggi

16 Oct 2023 • 11:40 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Peguam palsu, Brian Mwenda yang sebelum ini pernah menang 26 kes mahkamah telah berjaya ditahan oleh pihak berkuasa.

Mwenda yang pernah mengaku sebagai peguam bela Mahkamah Tinggi Kenya pernah menyelesaikan kes di hadapan majistret Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Menurut laporan NDTV World, Mwenda dapat menggambarkan dia adalah seorang peguam yang berkelayakan untuk tempoh yang agak lama malah hakim tidak meragui kebolehannya sehinggalah ditahan.

Peguam palsu ditahan

image is not available

Pasukan Tindakan Pantas Persatuan Undang-undang Kenya Cawangan Nairobi menahannya atas tuduhan palsu selepas menerima banyak aduan awam.

Persatuan Undang-undang Kenya memberitahu Mwenda telah mengakses portal mereka secara haram dmei mengenal pasti akaun yang sepadan, mengubah butiran dan memuat naik fotonya sendiri dalam usaha untuk menjadi salah seorang profesion undang-undang Kenya.

image is not available

Kegiatan tersebut akhirnya terbongkar apabila pemilik sebenar yang digunakan oleh Mwenda iaitu Brian Mwenda Ntwiga menghubungi pihak sekretariat memaklumkan akaunnya telah digodam.

Sumber: NDTV World (Anoushka Sharma)