Peguam ‘Prof Kangkung’ Gagal Serah Surat Saman Writ Kepada Rita Rudaini

LocalPolitics
27 Jan 2026 • 4:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Peguam yang mewakili dua tokoh akademik dalam kes saman terhadap pelakon Rita Rudaini mengesahkan bahawa writ saman yang difailkan gagal diserahkan kepada defendan.

Dua tokoh akademik terbabit ialah Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Sungai Besar, Mohd. Roslan Mohd. Nor, serta timbalannya, Saidah Haris.

Advertisement
View this post on Instagram

Menurut peguam berkenaan, usaha untuk menyerahkan writ saman kepada Rita Rudaini atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad @ Mokhtar tidak berjaya setakat ini.

“Plaintif kemudian membuat serahan dokumen mahkamah melalui aplikasi WhatsApp kepada defendan (Rita), tetapi tiada kehadiran dimasukkan oleh mahkamah. Mahkamah seterusnya membenarkan permohonan penyampaian ganti bagi membolehkan saman berkenaan diserahkan melalui kaedah alternatif.”

image is not available

“Mahkamah memberi tempoh selama satu bulan kepada plaintif untuk melaksanakan penyampaian ganti berkenaan. Pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada 26 Februari 2026,” katanya.

Saman tersebut difailkan susulan beberapa kenyataan yang didakwa berunsur fitnah dikeluarkan oleh pelakon itu, termasuk kenyataan berkaitan isu ‘prof kangkung’ yang dikaitkan dengan kepimpinan MUAFAKAT MRSM Sungai Besar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-01-27 15:25:46

India Catat Peningkatan Kes Virus Nipah, KKM Tingkat Kawalan Kesihatan Di Semua Pintu Masuk Negara

The post Peguam ‘Prof Kangkung’ Gagal Serah Surat Saman Writ Kepada Rita Rudaini first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.