Menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk membantu melakukan kajian sudah menjadi norma harian walaupun ramai tidak mengaku kerana tidak ingin dilabel sebagai pemalas. Kerjaya sebagai peguam memerlukan kes-kes lama dipetik untuk mengukuhkan hujah di mahkamah. Kini sudah wujud beberapa kes AI digunakan dan ia berhalusinasi menghasilkan petikan kes yang tidak wujud.

Mahkamah Tinggi England dan Wales minggu lalu mengeluarkan amarah supaya peguam berhati-hati sekiranya menggunakan AI bagi melakukan kajian kes. Mereka perlu memastikan setiap kes yang dipetik oleh AI adalah sahih dan wujud. Kegagalan melakukannya akan menyebabkan peguam dikenakan hukuman. Mahkamah tidak mengharamkan penggunaan AI bagi memudahkan proses kajian kes sebaliknya menegaskan peguam perlu memastikan kesemua maklumat adalah benar sebelum dokumen difailkan.
Selain memetik kes yang tidak wujud, AI didapati menghasilkan kuotasi yang tidak wujud daripada kes yang sahih. Insiden kes yang dipetik sebagai rujukan didapati tidak relevan dengan kes yang dibicarakan. Kegagalan memastikan dokumen AI ke mahkamah boleh menyebabkan peguam dikenakan hukuman menghina mahkamah dan menjadi kes polis.


