Kota Kinabalu: Peguam yang mewakili lima remaja berdepan pertuduhan menggunakan kata-kata mencela terhadap Zara Qairina Mahathir, memberikan khidmat guaman mereka secara pro bono, atau perkhidmatan profesional secara sukarela.
Peguam Datuk Ram Singh, yang mewakili seorang daripada remaja terbabit, menegaskan bahawa anak guamnya bukan anak mana-mana individu VVIP, sebaliknya hanya seorang individu bawah umur yang berhak mendapat pembelaan undang-undang.
Ram berkata beliau menjelaskan perkara itu sebelum prosiding bermula pada Rabu.
“Alasan utama saya mewakili remaja ini adalah kerana naluri serta perasaan saya sebagai seorang bapa.
“Pada masa yang sama, saya ingin tegaskan bahawa kami mewakili mereka bukan kerana anak guam saya adalah anak VVIP,” katanya.
Ram berkata demikian apabila ditemui sebelum prosiding kes pertuduhan terhadap lima remaja berkenaan di Mahkamah Kanak-Kanak, pada Rabu.
Sementara itu, peguam Azhier Farhan Arisin bersama Abdul Fikry Jaafar Abdullah, Fareez Salleh dan Sylvester Kuan, yang juga mewakili empat remaja perempuan lain secara pro bono, turut menegaskan bahawa anak guam mereka bukan daripada keluarga VVIP.
Azhier menafikan khabar angin di media sosial yang mendakwa remaja terbabit mempunyai kaitan dengan VVIP.
“Kami kesal dengan dakwaan palsu yang tersebar di media sosial kononnya anak guam kami adalah VVIP. Hakikatnya, mereka bukan VVIP dan tiada kaitan keluarga dengan sesiapa yang disebut.
“Mereka hanyalah anak-anak yang sedang melalui proses undang-undang, dan kami mewakili mereka secara pro bono kerana percaya kepada prinsip hak mendapat perbicaraan adil bagi semua,” katanya.
Beliau berkata anak guam mereka juga berhak mendapat perlindungan yang dijamin undang-undang, termasuk hak mengemukakan bukti dan keterangan bagi pembelaan di mahkamah.
Katanya, anak guam mereka sendiri yang menghubungi mereka untuk mendapatkan khidmat guaman.
Sementara itu, sebuah van polis yang membawa lima remaja terbabit dilihat meninggalkan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu sekitar jam 2.05 petang selepas prosiding.
Kenderaan itu dikawal ketat polis sementara ia meninggalkan kawasan kompleks mahkamah, sebelum bergerak ke lokasi yang tidak didedahkan.