Peja mendahului di Tambun

Politics
19 Nov 2022 • 7:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Faizal - Foto Bernama

image is not available
Pusat Penjumlahan Rasmi Undi P063 Tambun di Dewan Seri Perdana, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan.

IPOH - Keputusan tidak rasmi menyaksikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendahului di Parlimen Tambun.

Calon Perikatan Nasional (PN) itu memperoleh 2,652 undi selepas 12 saluran dikira setakat jam 7.30 petang.

Kiraan itu mengatasi pencabar utamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili Pakatan Harapan (PH) yang mendapat 321 undi.

Sementara itu, calon BN, Datuk Aminuddin Md Hanafiah mendapat undian sebanyak 1,237 undi dan calon Pejuang, Abdul Rahim Tahir sebanyak 32 undi.

Terdahulu, kotak undi pertama diterima pada jam 5.57 petang dan setakat ini terdapat 268 saluran masih belum dikira.